LENCANA PENGAKAP PPM EDISI TERBARU 2010

Lencana Persekutuan Pengakap Malaysia Edisi Baru 2010 bagi PKK, PM, PR dan PK.
Untuk makluman, mulai 16 Januari 2010, rupabentuk lencana-lencana rasmi Pengakap Malaysia berwajah baru dan penggunaannya berkuatkuasa serentak pada tarikh pelancarannya di Kuala Lumpur.
Mulai tahun 2010 semua calon Pengakap Raja juga dikehendaki memakai 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja versi baru.
Pamplet maklumat lencana ini akan diserahkan kepada setiap
pemimpin kumpulan yang akan menghadiri mesyuarat pemimpin-pemimpin 6hb Feb 2010 nanti.
Harap maklum.
PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2010
LAPORAN AKTIVITI-AKIVITI SEPANJANG TAHUN 2009
31.01.2009
Mesyuarat Guru-Guru Penyelaras Pengakap Daerah Balik Pulau
Peserta : 15 orang
Guru : 4 3 orang
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincang serta menyelaras program tahunan di peringkat sekolah menengah Daerah Barat Daya. En. Ibrahim b. Kasa Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya dan Tn. Haji Zulkapli b. Kamarudin telah hadir sama bagi membincang dan menyelaras semua aktiviti kepangakapan di sekolah menengah dan sekolah rendah. Pihak PPD telah menyediakan makan dan minuman untuk semua guru yang hadir. Sambutan amat mengalakan dan akan menjadi acara tahunan.
6-8.3.2009
Kursus Kepimpinan Ketua Patrol
Jurulatih : 10 orang
Peserta : 120 orang
Tempat : Taman Rimba Telok Bahang
Kursus Kepimpinan ketua-ketua patrol telah di hadiri oleh semua Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di Daerah Balik Pulau, Dalam kursus ini telah di tekankan hal-hal yang berkaitan dengan kepimpinan serta teknik-teknik memimpin pengakap-pengakap si peringkat kumpulan. Kursus ini juga di bantu oleh Pengakap Kelana KLKM Politeknik Seberang Perai sebagai pemudahcara. Jawatankuasa latihan hanya sebagai jurulatih dan penceramah. Tn. Haji Zulkapli b. Kamarudin telah berkesudian untuk menyampaikan sijil-sijil kepada peserta dan menutup kursus ini.
Kursus ini berjalan 3 hari 2 malam, makan dan minum di masak sendiri oleh Jawatankuasa penganjur.
Ketua kursus:
Encik Mohd Akiffadzil b. Abdul Rahman
6-8.3.2009
Kursus Penerangan Guru-Guru Penyelaras Pengakap Daerah Balik Pulau
Jurulatih : 10 orang
Peserta : 43 orang (Guru-Guru pengakap)
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya
Kursus Manikayu Penerangan adalah salah satu selibus dalam kepimpinan pengakap yang bakal menjadi Pemimpin, oleh itu, Pasukan Latihan Pengakap Daerah yang di ketuai oleh En. Hazlisham b. Haji Hanafiah telah merancang untuk memberi pendedahan kepada Guru-guru penyelaras pengakap berkaitan basic ilmu kepengakapan. Seramai 43 orang guru terdiri dari semua sekolah menengah dan rendah hadir ke kersus ini. Kursus ini tutup oleh En. Ibrahim b. Kasa selaku Pen. Pegawai Pelajaran Daerah dan menyampaikan sijil-sijil kepada peserta kursus. Penceramah yang turut hadir untuk memberi ceramah terdiri dari:
1. Tn. Haji Ahmad Tajuddin b. Salleh - 4 bead
2. En. Chye Onn Teck - 4 bead
3. En. Rozhan b. Haji Yahaya - 4 bead
4. En. Hazlisham b. Haji Hanafiah - 3 bead
Makan minum sepanjang kursus di biayai oleh Pejabat pelajaran Daerah Barat Daya. Kursus tamat jam 05.00 petang.
Ketua kursus:
En. Hazlisham b. Haji Hanafiah
17-18.07.2009
Kursus Orentering / Astronomi & P.Cemas (Kem Kemahiran)
Jurulatih : 10 orang
Peserta : 43 orang (Guru-Guru pengakap)
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya
Kursus ini berjalan selama 2 hari 1 malam di hadiri seramai 70 orang pengakap Muda/Remaja di daerah balik Pulau, Kursus ini terbahagi kepada 3 skop Orentering / Astronomi & Pertolongan Cemas, Kursus Asteronomi telah di adakan di sebelah malam dengan mengkaji cakrawala. En. Nazri b. Hassan adalah seorang yang pakar dalam cakrawala dan beliau telah membimbing pengakap dalam mengenal apa yang terdapat di langit. Tn. Haji Zulkapli b. Kamarudin telah menutup serta menyampaikan sijil-sijil kepada peserta yang hadir. Makan minum telah di masak oleh jawatankuasa penganjur.
Ketua kursus:
En. Mohd Akifaddzil
En. Nazri Hasan
En. Mohd Fadhlan
31.08.2009
Kursus Orentasi Pengakap Kelana ‘D’ KKTM
Peserta : 18 orang
Tempat : Kolej kemahiran Tinggi Mara [KKTM]
Kursus Orentasi Pengakap adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli pengakap kelana yang baru menyertai aktiviti kepengakapan. Pihak pengurusan pengakap KKTM telah menjemput Pasukan Latihan Pengakap Daerah untuk menyampaikan ceramah-ceramah kepada ahli-ahli pengakap kelana. Program ini telah berlangsung 1 hari di Dewan Kulia KKTM. Di antara Jurulatih yang terlibat semasa kursus tersebut adalah
1. En. Rozhan b. Haji Yahaya - 4 bead
2. En. Hazlisham b. Haji Hanafiah - 4 bead
3. En. Mohd Akiffadzil b. Abdul Rahman - 2 bead
4. En. Faisal b. Che Abdulla Rani. - 4 bead
5. En. Ridzuan b. Rouslan
6. En. Izzat b. Izham
Ketua kursus:
En. Hazlisham b. Haji Hanafiah
17.10.2009
52th. Jamboree On The Air & 13th. Jamboree On The Internet Daerah Balik Pulau
Peserta: 100 orang
Tempat:Dewan SMK Seri Balik Pulau, Jalan Sungai Nipah
Call Sign 9M4 SJE / 9M2 PBP
Ham Operator:
1. Burhanuddin b. Wahi - Station Master (9M2 BW)
2. Rozhan b. Hj. Yahaya - Station Manager (9W2 ABY)
3. Ahmad Nawawi b. Saad (9W2 ANS)
4. Faisal b. Che Abdulla Rani (9W2 FBI)
5. Hazlisham b. Haji Hanafiah (9w2 SHM)
JOTA/JOTI di rasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya. Stesen JOTA Dapat di hubungi oleh Berunai, Indonesia dan stesen pengakap seluruh Malaysia.
Ketua Program :
Faisal Che Abdulla Rani
::MAJLIS PENGANUGERAH BINTANG & PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG
PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH PINGAT PPM BAGI TAHUN 2008 & 2009
PPM Balik Pulau mengucapkan tahniah kepada para pemimpin pengakap daerah Balik Pulau yang menerima Pingat & Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN) bagi tahun 2008 & 2009 oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Semoga penghargaan ini menjadi pendorong kepada seluruh warga PPM Balik Pulau untuk terus berkhidmat.
Tahun 2009
Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun PPM
YB. Dato Seri Dr Hj Helmi bin Yahaya
Majlis Pengakap Daerah
Puan Siti Faridah binti Arshad
Majlis Pengakap Daerah
Encik rozhan bin Hj Yahaya
Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Encik Hazlisham bin Hj Hanafiah
Pengerusi Pasukan Latihan Daerah
Encik Faisal bin Che Abdulla Rani
Pen. Pesuruhjaya Daerah
Encik Mohamad Akiffadzil bin Abdul Rahman
Pen. Pesuruhjaya Daerah
Puan Noorhanisah binti Abdul Kadir
Pen. Pesuruhjaya Daerah
Sijil Kepujian Pengakap Negara (SKKPN)
Encik Zulkifli bin Abdul Rahim
Pen. Pesuruhjaya Daerah
Encik Muhamad Mujahid bin Abdul Rahim
AJK Pasukan Latihan Daerah
Cik Sharidah binti Shahrom
Pemimpin Pengakap SK Telok Bahang
Tahun 2008
Pingat Perkhidmatan Lama (PPL)
Encik Rozhan bin Hj Yahaya
DC Balik Pulau
Sijil Kepujian Pengakap Negara (SKKPN)
Encik Mohamad Hafiz bin Abas
Pemimpin Pengakap Kelana A Balik Pulau
Encik Mohamad Fadhlan bin Hamdan
Pemimpin Pengakap Kelana A Balik Pulau
Encik Norsyarizan bin Shahri
Pemimpin Pengakap Kelana D KKTM Balik Pulau
Salam Takziah Buat Keluarga Mendiang John Loo
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau
telah meninggal dunia pagi ini ( Sabtu 7 November 2009).
Atas dasar persaudaraan pengakap, rombongan dari ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan ahli-ahli pengakap kelana A Balik Pulau akan menziarahi mayat mendiang di Kg. Balik Pulau pada jam 5 petang 8 November 2009.
Kepada ahli-ahli pengakap yang ingin turut serta, sila berkumpul di rumah DC En. Rozhan Yahaya pada jam 4 petang Ahad 8 Nov 2009. Harap maklum.












